Sunday 20 November 2011

Woods julang skuad AS (21/11/2011)

MELBOURNE: Tiger Woods merangkul Piala Presiden untuk pasukan Amerika Syarikat (AS) dengan mengungguli acara individu dan berpasukan di Royal Melbourne, semalam.
Bekas pemain nombor satu dunia itu menundukkan wakil Australia, Aaron Baddeley tiga dan empat untuk memperoleh lebih dari 17.5 mata bagi menjulang Piala Presiden buat kali keempat menentang pemain antarabangsa bukan Eropah.

Woods merangkul kemenangan apabila mencatat 19.5 kepada 14.5 di perlawanan sebelumnya di San Francisco pada 2009.
Jaguh Amerika itu meraih 6-6 untuk acara individu semalam, sekali gus tamat 19-15 keseluruhan.

“Sememangnya saya gembira dan berharap Stricks (Steve Stricker) akan turut meraih kemenangan di sini.

“Tetapi AS gagal mempamerkan permulaan yang baik. Kami perlu berusaha lebih gigih dan akhinr berjaya bermain dengan hebat,” kata Woods. - AFP

No comments:

Post a Comment