Monday 28 November 2011

24 pasukan rebut juara (29/11/2011)

SEBANYAK 24 pasukan mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Liga Bola Sepak Ultras Paya Besar 2011/2012 yang berlangsung selama tiga bulan di Kuantan bermula 11 Disember ini.
Kejohanan anjuran Ultras Paya Besar dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno Paya Besar, Kuantan akan membabitkan penyertaan pemain berumur 18 tahun hingga 40 tahun daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri.

Tiga DUN itu adalah Panching, Lepar dan Sungai Lembing yang menghimpunkan lapan pasukan bagi setiap DUN untuk merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,500.
Ketua Pemuda Paya Besar, Zulkifli Shamsuddin berkata, kejohanan kali pertama itu lebih kepada mengeratkan hubungan masyarakat khususnya golongan belia di kawasan Parlimen Paya Besar.

Johan kejohanan akan membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan dan pingat, naib johan RM2,000 dan pingat manakala ketiga dan keempat, masing-masing RM500 dan pingat. Pasukan terbaik menerima RM300 manakala pemain dan penjaring terbaik, RM100.

No comments:

Post a Comment