Sunday 27 November 2011

Amir Nazrin menyengat (28.11.2011)

AMIR Nazrin Jailani muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf Terbuka Amatur Junior Clearwater 2011 yang berlangsung di Clearwater Golf Sanctuary Resort (CGSR), Batu Gajah, kelmarin.
Catatan 78,69,74 untuk jumlah tiga hari lima bawah par 221 membolehkan Amir Nazrin, 14 dinobatkan selaku juara edisi ke-7 itu bagi meraih baucer bernilai RM500 serta beberapa hadiah iringan.

Pelajar tingkatan dua SMK Seri Bestari, Sungai Buloh juga memenangi kategori lelaki bawah 15 tahun yang menawarkan baucer RM350.
Sementara itu, Yong Fatt Hon dari Kuala Lumpur muncul juara kategori lelaki bawah 20 tahun dengan catatan 235 pukulan mengatasi Aravindakumar dengan tiga pukulan. Mohamed Izzad Ibrahim di tempat ketiga.

Manakala Yong Mei Khuan muncul juara kategori perempuan bawah 20 tahun selepas mencatat 239 pukulan mengatasi Nur Islamiah dengan satu pukulan.

Kategori perempuan bawah 15 tahun menjadi milik Chong Yong yang mencatat 246 pukulan. Manakala Ong Shi Qing mengatasi Jolene Kam Jo Ling melalui kiraan semula (ocb) untuk perebutan tempat kedua. Kedua-dua pemain mencatat 247 pukulan.
Daeng Abdul Rahman, Siti Zulaikaa serta Marcus Lim Pang Chuen masing-masing muncul juara kategori bawah 12 tahun dan 9 tahun.

Seramai 135 peserta dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Kedah. Melaka, Singapura, Jepun dan Perak menyertai kejohanan tiga hari itu.
Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu bawah 20, 15, 12 dan 9 tahun lelaki dan perempuan.

No comments:

Post a Comment