Sunday 27 November 2011

Panthers juara Ragbi7’s (28.11.2011)

POLITEKNIK Ungku Omar Panthers muncul juara kejohanan Ragbi 7’s Perak 2011 merebut Piala Isa Abbas selepas mengatasi Polis Perak B 15-5 di Padang Ipoh, baru-baru ini.
Dalam perlawanan di atas padang becak, Panthers menguasai saingan dan berjaya mendahului lawan 15-0 melalui tiga ‘try’ yang gagal disepak masuk.

Polis bangkit pada babak kedua hingga berjaya merapatkan jurang melalui ‘try’ di penghujung perlawanan.
Panthers mara ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Orca (TLDM) A 26-0 manakala Polis B mengatasi juara bertahan, RMR Warriors 10-5.

Sementara itu ITP Pumas muncul juara ‘plate’ selepas menundukkan pendatang baru, Parit Oldboys 22-5, manakala Orca B menerima tentangan hebat daripada Tasik Damai Oldboys dalam final `Bowl’ sebelum menang 10-7.

Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan anjuran Kesatuan Ragbi Perak (KRP) yang menjadi medan memilih pemain bagi menyertai Kejohanan 7 Sebelah kebangsaan yang akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Disember nanti.
Pasukan lain ialah MBI Warlords, Polis Perak A, Projek X dan X Kinta.

No comments:

Post a Comment