Sunday, 27 November 2011

Arif gagal atasi ketangkasan Alamsyah sekali lagi (28.11.2011)

PEMAIN pelapis negara, Mohd Arif Abdul Latif gagal menebus kekecewaan tahun lalu apabila tumpas sekali lagi kepada pemain Indonesia, Alamsyah Yunus pada final Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Proton Malaysia 2011, semalam.
Pada perlawanan di Kompleks Sukan Sandakan, Mohd Arif, 22, berazam mengubati kekecewaan kalah pada final tahun lalu sebelum terpaksa akur dengan ketangkasan lawannya sebelum kalah 12-21, 21-17, 14-21.

Mohd Arif yang tewas pada set pertama berjaya memenangi set kedua tapi Mohd Arif nampak keletihan dan perlawanan ditentukan pada rubber set.dengan permainan banyak dikawal oleh Alamsyah.
Alamsyah ketika ditemui selepas perlawanan itu menyifatkan permainan Mohd Arif sudah matang dan memberikan saingan sengit sebelum dia menang.

Menurutnya tumpuannya selepas ini adalah untuk melayakan diri dalam pasukan Piala Thomas negaranya pada tahun hadapan dan meningkatkan dirinya dalam kedudukan pemain perseorangan Indonesia.

“Pada masa sekarang, saya berada di kedudukan kelima dan saya menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan itu untuk terpilih dalam pasukan Piala Thomas,” katanya.
Pasukan negara tidak pulang kosong selepas beregu campuran, Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing muncul juara selepas menundukkan beregu Indonesia Andhika Anhar dan Hanadia Keshya 21-18, 21-17.

No comments:

Post a Comment