Sunday 27 November 2011

Fergie berdepan tindakan (28.11.2011)

MANCHESTER (United Kingdom): Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mungkin berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) selepas mengeluarkan kritikan terhadap pembantu pengadil, John Flynn berikutan keputusan kontroversi 1-1 dengan Newcastle United di Old Trafford, kelmarin.
Rio Ferdinand didakwa menjatuhkan Hatem Ben Arfa pada minit ke-61 walaupun ulang tayang televisyen menunjukkan pemain pertahanan Englaand itu sudah disalah tafsir oleh pengadil Mike Jones yang mendapat nasihat Flynn sebelum memberikan sepakan penalti.

Demba Ba menyempurnakan sepakan terbabit bagi menyamakan kedudukan selepas tuan rumah meledak awal menerusi Javier Hernandez sekali gus menyebabkan United terus ketinggalan kepada Manchester City. Ferguson menyuarakan perasaannya diketahui umum berhubung keputusan terbabit dan komennya tergesa-gesa disunting serta tidak disiarkan stesen televisyen dalaman kelab itu, MUTV.
Namun pengurus United itu sudah berada pada posisi penentang apabila menyuarakan pandangan yang berkaitan dengan FA.

“Saya tidak fikir sesiapa di atas padang tidak merasakan ia adalah penalti selain daripada pembantu pengadil,” kata Ferguson. “Pengadil merasakan ia adalah sepakan penjuru. Dia berada berhampiran. Dia hanya lapan meter daripadanya.

“Masalahnya sekarang, pengadil adalah adalah kerja sepenuh masa namun tidak bagi penjaga garisan dan sama ada dia (pembantu pengadil )akan mendapat peluang untuk perlawanan lain bukan terletak kepada saya namun ia adalah keputusan yang mengejutkan.
“Ia menyebabkan anda kehilangan sesuatu. Dua tahun lalu apabila penjaga garisan tidak membenarkan gol ketika menentang Chelsea ia menyebabkan kami kehilangan gelaran liga, jadi kami berharap ia tidak akan berulang pada penghujung Mei.

“Saya sedar pandangan semua penonton, termasuk pengadil. Dia mengatakan Ferdinand menyentuhnya dan memenangi bola serta memberikan sepakan penjuru. Namun dia membiarkan penjaga garisan menguasainya.
“Anda boleh memberikan pujian kepada Newcastle namun kami mencipta banyak peluang dan merasakan ini bukan hari kami.” -AFP

No comments:

Post a Comment