Sunday 27 November 2011

Piala Sultan Abdul Halim jadi rebutan (28.11.2011)

PASUKAN 19 Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) Kedah dan 19 RAMD Melaka akan berentap untuk merebut kejuaraan bola sepak Piala Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah 2011, kejohanan tahunan RAMD.
Perlawanan akhir itu dijadual berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor jam 9 pagi Rabu ini.

Menurut kenyataan Pusat Komunikasi UKM, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyaksikan perlawanan iti dan menyampaikan hadiah kepada juara.
Panglima Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Zulkifli Kasim dan Naib Canselor UKM Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbudin juga dijangka hadir menyaksi perlawanan itu.

No comments:

Post a Comment