Sunday 27 November 2011

White mahu pimpin England (28.11.2011)

LONDON: Jake White, jurulatih Afrika Selatan yang memimpin negara itu meraih kemenangan di Piala Dunia 2007, seakan memberi bayangan mampu menggantikan Martin Johnson sebagai jurulatih England, sekiranya ditawar.
Kesatuan Bola sepak Ragbi (RFU) sedang dalam misi mencari pengganti Johnson yang meletak jawatan 11 hari lalu selepas England tampil hambar pada kempen Piala Dunia 2011 di New Zealand.

White adalah antara calon terbaik untuk menggantikan Johnson, namun rakyat Afrika Selatan berusia 48 tahun itu tidak ragu-ragu untuk menerima jawatan itu.
“Ada masanya saya rindu untuk pulang ke Piala Dunia dan merasakan alangkah baiknya untuk berada di medan saingan.

“Pastinya jika peluang itu hadir, saya akan mengambilnya. Saya tidak tahu apa yang akan dilakukan sekiranya ditawar RFU. Tiada siapa yang tahu, hingga anda berada di situasi sebenar.

“Menjadi impian setiap jurulatih untuk menguji kemampuan ke tahap terbaik dan apabila menjuarai Piala Dunia, pastinya anda inginkan kemenangan kedua apatah lagi menjadi yang pertama meraih kejayaan dalam dua perlawanan utama itu.
“Saya masih muda dan perjalanan kerjaya saya masih jauh. Saya berminat untuk menerima peluang lain dan menguji kemampuan di Piala Dunia sekali lagi. Sekiranya memenanginya buat kali kedua, ia seakan mimpi menjadi kenyataan buat saya,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment