Sunday 27 November 2011

Uzbekistan, Australia seri tanpa jaringan (28.11.2011)

SYDNEY: Uzbekistan berjaya mengikat Australia tanpa jaringan pada pusingan ketiga Kelayakan Sukan Olimpik London di Stadium Parramatta semalam sekali gus keputusan itu menyaksikan mereka kekal di tangga teratas Kumpulan B.
Uzbekistan mengecewakan barisan pemain Australia di tempat sendiri dan mencerahkan peluang mereka untuk layak ke Sukan Olimpik selepas berjaya menewaskan Iraq 2-0 pada perlawanan pertama September lalu.

Penyudah yang tidak sempurna di depan gawang gol mendedahkan kelemahan Australia ketika bertemu Uzbekistan yang mendapat ejekan daripada penyokong tuan rumah kerana taktik permainan membuang masa mereka. Ketika keputusan itu memberi kelebihan kepada Uzbekistan, Australia pula sudah lebih empat jam beraksi tanpa dapat menjaringkan gol ke gawang lawan sekali gus menyaksikan mereka agak bergelut ketika pusingan kelayakan sudah memasuki separuh perlawanan.
Australia yang kekal dua mata di belakang Uzbekistan, akan berkunjung ke Uzbekistan pula pada Februari depan, perlawanan yang dijangka menentukan pasukan mana bakal layak ke Sukan Olimpik. Hanya pasukan tangga teratas berjaya melangkah secara automatik ke Sukan Olimpik London 2012, sementara pasukan tangga kedua di setiap kumpulan akan beraksi pada perlawanan kalah mati. - AFP

No comments:

Post a Comment