Monday 28 November 2011

Usaha perkasa teknologi sukan (29.11.2011)

MAJLIS Sukan Politeknik (MSP) mengadakan lawatan ke pusat sukan Universiti Dongyang Mirae, Korea Selatan, baru-baru ini dalam misi memperkasa teknologi sukan di seluruh politeknik negara ini.
Program diketuai Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Pelajar (BPPP) Jabatan Politeknik Malaysia, Wan Zulkifly Wan Zakaria.

Turut serta Penolong Pengarah Pengambilan Pelajar, Jasni Mohd Nor dan Penolong Pengarah BPPP, Nazamuddin Ahmad Razali.
Wan Zulkifly berkata, antara kemudahan sukan yang dikenal pasti adalah padang bola sepak rumput tiruan yang digunakan 6,000 pelajar kampus terbabit.

Lebih menarik rombongan berkesempatan melihat sendiri stadium sofbal yang kini masih dalam pembinaan.

Menurutnya, banyak perkara positif dapat dikongsi bersama termasuk menemui sebahagian 63 pelajar Malaysia yang menuntut di kampus itu.

“Beberapa perbincangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan termasuk bola sepak, sofbal, futsal selain ragbi dengan pelajar kampus terbabit mungkin direalisasi tahun depan.

“Lebih membanggakan, pembabitan serius pelajar Malaysia dalam sukan di universiti terbabit juga berjaya membentuk siswa yang aktif dan cergas dalam bidang sukan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di universiti itu, Mohamad Mahyudin Abd Kadir berkata, antara pembabitan aktif siswa termasuk menyertai karnival sukan universiti itu.

Katanya, seluruh pelajar di kampus itu gembira menerima kehadiran anggota MSP termasuk mengadakan perlawanan persahabatan dalam beberapa acara sukan.

No comments:

Post a Comment