Monday, 28 November 2011

Pemergian Speed ditangisi (29.11.2011)

LONDON: Kancah bola sepak Britain dikejutkan dengan kematian pengurus Wales, Gary Speed, 42, yang ditemui tergantung di rumahnya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Polis Cheshire “tidak ada perkara yang meragukan mengenai kematian itu,” menjelaskan bahawa Speed membunuh diri.

Sumber terdekat dengan siasatan itu memberitahu Press Association dan BBC, Speed membuat keputusan menggantung dirinya sendiri.
“Pada jam 7.08 pagi semalam, Polis Cheshire menerima laporan kematian mengejut yang berlaku di Huntington, Chester,” ulas polis.

“Polis pergi ke tempat kejadian dan menemui mayat lelaki berusia 42 tahun. Keluarga mangsa sudah dihubungi dan mengesahkan identiti lelaki itu adalah Gary Speed.

“Tidak ada perkara yang meragukan mengenai kematian itu.” Speed yang memiliki 85 cap bersama Wales dan memenangi gelaran liga Inggeris dengan Leeds United mengambil alih tugas membimbing pasukan kebangsaan tahun lalu dan berjaya mencipta kebangkitan termasuk mencatat kemenangan tiga kali berturut-turut buat kali pertama sejak 2008.

No comments:

Post a Comment