Monday 28 November 2011

Versus 5 A juara (29/11/2011)

 VERSUS 5 A membuktikan kejaguhan apabila muncul juara Festa Futsal BBUGMY 2011 selepas menundukkan Waikiki Return FC 3-2 di Kompleks Futsal Sports Jam, Seksyen 13, Shah Alam, baru-baru ini.
Program anjuran Blackberry User Group turut mendapat kerjasama Sports Jam Extreme Park dan ICON Profesional itu berjaya menarik penyertaan beberapa pasukan amatur seluruh tanah air.

Pada saingan separuh akhir, Versus 5 A menang tipis 1-0 ke atas Viena FC manakala Waikiki Return FC pula tidak menghadapi masalah menumpaskan Pemuda Medan Batu Caves, 3-0 sebelum bersaing di final.
Hasil kejayaan itu, Versus 5 A menerima wang tunai RM3,000, piala, telefon bimbit Blackberry setiap pemain manakala Waikiki Return FC selaku naib juara menerima wang tunai RM2,000, medal.

Tempat ketiga milik Pemuda Medan Batu Caves (RM1,000) dan Viena FC (RM700), keempat.

Semua hadiah disampaikan Pengarah Program, Nelson Rizal Radzmi sambil diiringi Pengarah Urusan Sports Jam, Raffaei Rahman.

No comments:

Post a Comment