Monday 28 November 2011

Milan belasah Chievo (29.11.2011)

ROME: AC Milan memberi amaran kepada seteru utama selepas membelasah Chievo, 4-0 di San Siro, kelmarin sekali gus melonjak ke tangga kedua Serie A.
Milan kini terus mengejar pendahulu liga, Juventus yang menang 1-0 di Lazio, Sabtu lalu dan kini hanya ketinggalan satu mata.

Juara bertahan itu mempamerkan aksi memukau apabila mendahului 4-0 pada separuh masa pertama menerusi gol disumbang Thiago Silva, Pato dan dua gol Zlatan Ibrahimovic (gambar).
Jurulatih Milan, Massimiliano Allegri berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan siapakah yang layak bergelar juara.

“Juventus beraksi kurang satu perlawanan tapi jika Napoli menang, kedudukan Juventus makin terancam,” kata Allegri.

“Lazio dan Udinese pula berkongsi kedudukan dengan kami dan masih terlalu awal membuat ramalan. Amat penting untuk menang perlawanan ini dan kami memanfaatkannya dengan baik selepas tewas kepada Barcelona di saingan Liga Juara-Juara, Selasa lalu.” - AFP

No comments:

Post a Comment