Sunday 27 November 2011

Aksi Kuchar memukau (28.11.2011)

HAINAN: Matt Kuchar dan Gary Woodland menyumbang kemenangan buat Amerika Syarikat (AS) di Piala Dunia, yang kali terakhir dijulang Tiger Woods dan David Duval, 11 tahun lalu.
AS mengambil peluang dihidangkan Rory McIlroy dan Graeme McDowell selepas gandingan Ireland itu tampil hambar di hari penentuan di Mission Hills.

Kucher memulakan aksi memukau menerusi enam birdie sekali gus meletakkan AS di tangga teratas dengan lima bawah par 67 dan bawah 24 keseluruhan.
“Kami serasi bersama dan amat hebat untuk merangkul kemenangan buat AS,” kata Woodland.

“Tidak disangkal pukulan di lubang ke-12 dan 13 adalah yang utama. Ia saat terhebat apabila berjaya melakukan par sedangkan hanya mensasarkan bogey,” kata pemain nombor 10 dunia, Kuchar.

Gandingan AS itu kekal konsisten mendahului dengan dua mata meskipun berdepan cabaran dari Jerman, pemain nombor empat, Martin Kaymer dan Alex Cejka.
Namun, AS mengekal rentak cemerlang di sembilan lubang terakhir meskipun tergelincir dengan bogey di lubang ke-11.

Jerman menyusuli di tangga kedua dengan England bangkit dengan di bawah par 22 keseluruhan.
Gandingan England menerusi Ian Poulter dan Justin Rose mara ke kedudukan tiga teratas menerusi pukulan lewat dengan lapan birdie dan eagle.

Pemain nombor dua dunia, McIlroy terlepas beberapa putt dan berdepan tempoh sukar dengan 25 footer di lubang ke-18, yang sebaliknya mampu memberi Ireland berkongsi habuan tangga kedua bernilai AS$7.5 juta.

McIlroy dan juara Terbuka AS 2010, Graeme McDowell awalnya mendominasi saingan bermula di pusingan kedua tetapi akhirnya tamat di tangga keempat bersama Australia, Scotland dan Belanda dengan bawah 21 keseluruhan.

Gandingan Ireland itu meraih empat bogey di pusingan dan tamat dengan kedudukan sama, par 72. Mereka tersekat di lubang keenam apabila pukulan McIlroy tersasar ke pokok berdaun lebat hingga menyukarkan McDowell melepasi pusingan.

Mereka akhirnya meraih penalti dan tuah memihak kepada AS untuk merangkul kejuaraan yang kali terakhir dimenangi mereka selepas 24 tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment