Sunday 27 November 2011

Pemain AADK timba ilmu (28/11/2011)

PASUKAN badminton Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka memperaga aksi mantap dalam perlawanan persahabatan berdepan kelab Jebat Raket di Dewan Badminton Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) Yok Bin Melaka, baru-baru ini.
Bagaimanapun AADK tewas 2-5 kepada lawan yang memiliki pemain berpengalaman pada persembahan yang menarik dan menghiburkan kedua penyokong skuad berkenaan.

Pengurus pasukan Jebat Raket, Nor Azman Shamsuri berkata, perlawanan berkenaan berjaya mengetengahkan keupayaan kedua pasukan yang memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing.
Menurutnya, menang dan kalah adat pertandingan, berikutan apa yang lebih penting semangat kesukanan yang tinggi dipersembahkan pada aksi perseorangan, beregu dan berpasukan.

Beliau berkata, program berkenaan juga pentas menjalinkan hubungan harmoni dan silaturahim antara ahli kelab dan agensi awam terbabit.

Majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan Ketua AADK Melaka Tengah, Lailiana Maon. Hadir sama, Setiausaha Jebat Raket, Mohd D’ Zahir.
Sementara itu, Mohd berkata, pengalaman yang diperoleh menerusi perlawanan itu memberi banyak manfaatkan kepada pasukannya mengharungi pertandingan lebih mencabar pada masa depan.

No comments:

Post a Comment