Monday 28 November 2011

Barca makin tertekan (29.11.2011)

MADRID: Pertahanan Barcelona, Dani Alves tidak bimbang dengan kelebihan enam mata dikumpul Real Madrid di tangga teratas La Liga Sepanyol tapi mengaku pasukannya agak tertekan untuk tidak terus kehilangan mata.
Real meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan Atletico Madrid, 4-1, Sabtu lalu manakala Barcelona tewas mengejut 0-1 kepada Getafe di tempat lawan.

Juara bertahan itu yang akan bertemu Rayo Vallecano, awal pagi esok, sudah mencatat kemenangan 5-0 dan 4-0 pada dua perlawanan terakhir di tempat sendiri menentang Mallorca dan Zaragoza.
Namun di luar Nou Camp, rekod Barcelona tidak memberangsangkan apabila sekadar seri dengan Athletic Bilbao dan menang tipis 1-0 pada dua perlawanan sebelum itu.

Ketika Barcelona mempamerkan aksi hambar, Lionel Messi tetap mempamerkan aksi konsisten apabila setakat ini sudah meledak 14 gol.

“Ramai yang membuat ramalan siapa bakal muncul juara sedangkan saingan masih panjang,” kata Alves.

No comments:

Post a Comment