Sunday 27 November 2011

RSC tunjuk belang (28.11..2011)

KEJAYAAN Kelab Diraja Selangor (RSC) menjuarai kejohanan ragbi tujuh sepasukan Jonah Jones 2011 yang berakhir di padang Bukit Kiara semalam meninggalkan kenangan manis kepada jurulatih pasukan, Michael Lai.
Lai, 67 yang mengemudikan pasukan sejak 26 tahun lalu membawa pasukan muncul juara setelah menunggu sejak 1972 di mana kali terakhir pasukan selaku tuan rumah muncul juara kejohanan yang diwujudkan pada 1963.

“Ini satu peristiwa yang tidak mudah saya dilupakan sebagai jurulatih pasukan,” kata Lai yang juga bekas pemain kebangsaan dan pemain kelab Black Hawks.
“Kami membuat persiapan rapi untuk muncul juara liga super tetapi tahun ini kejohanan tidak dapat diadakan kerana sebab tertentu.

“Namun kejayaan sangat manis buat pasukan dan saya sendiri selaku jurulatih pasukan,” tambahnya.

Pada saingan akhir semalam, RSC mengalahkan Lions Hong Kong, 26-15 untuk menjulang trofi yang menjadi rebutan 24 pasukan dari dalam dan luar negara.
RSC dibarisi kebanyakan pemain luar negara yang berkhidmat di negara ini mendahului pasukan pelapis Hong Kong itu, 21-5 pada babak pertama.

Walaupun diasak hebat oleh Lions pada babak kedua, RSC terus bertahan di samping turut memberi tekanan kepada lawan merapatkan jurang menerusi dua try.
Akhirnya RSC berjaya menambah satu try lagi untuk menamatkan perlawanan 26-15.

Sebelum ke final RSC mengetepikan cabaran Asas Rugby, 19-0, sementara Lions pula menumpas Cobra, 19-12.

Kejayaan RSC turut dikongsi bersama oleh pasukan wanitanya yang muncul juara untuk kali kedua sejak kejohanan diwujudkan empat tahun lalu dengan mengalahkan Hong Kong Development, 15-5.

Pasukan RSC Old Dog turut menempa kejayaan apabila meraih kejuaraan acara heavyweight yang dijalankan secara round robin dengan mengalahkan pasukan Air France, Buttercookies dan NS Legends.

No comments:

Post a Comment