Sunday 27 November 2011

Kelab penyokong Arsenal utara berkumpul (28.11.2011)

BUAT pertama kali, ahli kelab penyokong pasukan bola sepak Arsenal sekitar utara tanah air berkumpul di Restoran Route 69 untuk menyokong pasukan kesayangan mereka yang layak ke perlawanan akhir Piala Liga menentang Birmingham, baru-baru ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Arsenal, Mohd Rizal Ghazali berkata, perjumpaan makan malam itu pertama kali diadakan untuk mereka bersama-sama berkenalan.

“Penyertaan semua ahli kelab ini adalah melalui laman sosial Facebook yang terbuka kepada semua di seluruh Malaysia yang meminati Arsenal. Restoran Route 69 dipilih sebagai tempat rasmi untuk penyokong kelab ini kerana pemilik kedai makanan ini adalah salah seorang peminat Arsenal,” katanya.
Pada malam itu, kira-kira 80 penyokong Arsenal berpakaian merah sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

No comments:

Post a Comment