Sunday 27 November 2011

KZ Team juara (28.11.2011)

RAKAN sejawat di Bursa Saham Kuala Lumpur, Zarina Abdul Rahman dan Johar Jurani menjuarai Run Buddy Run Nike+ Challenge, semalam.
Zarina, 37 dan Johar, 44, menggelarkan diri mereka pasukan KZ Team mencatat jumlah jarak 1,514 km untuk bergelar juara sulung acara yang pertama kali diadakan Nike tahun ini. Ia sebahagian dari kategori dalam acara perlumbaan Nike WE RUN KL 10K. “Terima kasih kepada Nike Malaysia kerana memberi ruang buat kami untuk berlari berpasangan dalam Run Buddy Run Nike+ Challenge. “Menerusi cabaran ini kami berpeluang memberi motivasi untuk mencapai matlamat larian secara bergandingan, sekali gus mencapai jarak yang lebih jauh dan mencatatkan masa yang lebih pantas,” kata Zarina.

Selari dengan komitmen menyokong golongan belia dalam bidang pembangunan sukan, Nike Malaysia menderma RM1 bagi setiap kilometer yang dicatatkan peserta Run Buddy Run Nike+ Challenge kepada Asian Youth Ambassadors (AYA), menjadikan jumlahnya kepada RM10,000.
Sumbangan itu disalurkan untuk menyokong AYA dalam membangunkan program sukan baru di Kampung Muhibbah, iaitu projek perumahan kerajaan kos rendah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dengan berkonsepkan We Run, ‘pelari bersatu, saling memberi motivasi dan semangat’, larian semalam, mencatat lebih 8,500 peserta berlumba di jalan raya sekitar Kuala Lumpur.

Ia juga sebahagian dari acara perlumbaan disertai 170,000 pelari dari 15 bandar seperti Seoul (Korea Selatan), Monterrey (Mexico) dan Santiago (Chile) menerusi gabungan larian dengan muzik. Kategori individu terbuka lelaki dimenangi Solomon Kipkemboi Rotich, Japhet Kimeli Maiyo (kedua) dan Philip Chirchir Lagat (ketiga).

No comments:

Post a Comment