Sunday 27 November 2011

Mutai kuasai Cabaran Malakoff-UTM Eco Run (28.11.2011)

PELARI Kenya, David Mutai menjuarai kategori terbuka Cabaran Malakoff-UTM Eco Run 2011 dengan kepantasan 1:5:46 saat di kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, semalam.
Dia jauh meninggakan dua pelari tempatan, Wong Chin Chun dan Sahrizan Ahmad di tempat kedua dan ketiga dengan masa 1:34:12s dan 1:43:12s.

Kejayaan itu memastikan Mutai membawa pulang piala dan wang tunai RM1000.
Wong Siew Seng pulang mengunggli kategori wanita apabila mencatat masa 2:13:53s, naib juara Zanizah Abdul Ghani (2:35:09s) ketiga Lim Lily (2:39:50s).

Manakala bagi 10 kilometer Remaja Wanita dimenangi Yong Jie Lei (1:08:56s), remaja lelaki pula jatuh kepada Tee Jie Sheng (1:00:06s).

Kategori Veteran Wanita 15 kilometer dikuasai Lim Ai Lin (1:27:51s) manakala veteran lelaki dimenangi K Subramaniam (1:11:39s).
Cabaran Malakoff-UTM Eco Run 2011 yang julung kali diadakan mendapat sambutan mengalakkan dengan penyertaan lebih 1300 peserta.

Enam kategori utama dipertandingkan yang merangkumi jarak 5 hingga 21 kilometer.
Bertemakan “Larian Untuk Kesedaran Alam Sekitar”, selain bersaing dalam acara sukan pelbagai peringkat umur, ia bertujuan memupuk kesedaran berkaitan alam sekitar selain memperkenalkan keindahan flora yang terdapat di sekitar kampus UTM, Skudai.

Peserta dilepaskan oleh Pengerusi Malakoff Corporation Berhad, Tan Sri Abdul Halim Ali. Turut serta Timbalan Naib Canselor (HEM & Alumni), UTM, Prof. Datuk Dr. Mohd Tajuddin Ninggal.

No comments:

Post a Comment