Monday 28 November 2011

Tonik terbaik Webber (29.11.2011)

SAO PAULO: Mark Webber yakin kejayaannya menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula Satu Brazil musim ini bakal menjadi tonik terbaik buatnya untuk bersaing lebih hebat pada kejohanan dunia 2012.
Pemandu Australia berusia 35 tahun itu sebelum ini dibayangi kehebatan rakan sepasukan Red Bull, Sebastian Vettel yang turut meraih gelaran juara dunia berganda. Vettel mencatat 11 kemenangan dan 15 kedudukan petak pertama untuk menggondol gelaran kedua berturut-turut.

“Saya akan tampil lebih hebat. Saya bermula hambar atas sebab tertentu tapi tetap meninjau peluang mencapai tahap tertinggi. Dengan sasaran itu, saya tidak hanya melihat terhadap Seb.
“Ramai pemandu lain yang turut hebat, Jenson (Button), Fernando (Alonso). Perlumbaan ini tonik terbaik untuk melakukan lebih baik musim depan,” katanya.

Webber mendahului perlumbaan selepas pusingan ke-30 apabila Vettel berdepan masalah kotak gear namun pelumba Australia itu menekankan dia memang mahu memenangi perlumbaan itu dengan tuah tidak memihak kepadanya sebelum ini.

“Saya berasa hebat sepanjang minggu ini dan Seb berlumba dengan baik untuk petak pertama. Lebih baik sekiranya bersaing dengan Seb tapi malangnya dia berdepan masalah.

No comments:

Post a Comment