Sunday 20 November 2011

Real, Barca terus mara (21/11/2011)

MADRID: Real Madrid dan Barcelona berada di kedudukan teratas La Liga apabila Real menewaskan pasukan yang berada di tangga ketiga, Valencia 3-2 dalam pertembungan mendebarkan, selepas Barca mengatasi Real Zaragoza 4-0, kelmarin.
Kemenangan Real hasil sumbangan gol Karim Benzema, Sergio Ramos dan Cristiano Ronaldo, mengukuhkan pasukan tiga mata mendahului seteru utama Barcelona di tangga kedua, sekali gus mengumpul 31 mata dari 12 perlawanan.

Juara Eropah dan Sepanyol, Barca meluaskan peluang mereka ke atas Valencia apabila merebut semula gelaran yang dimenangi pada 2004 dengan empat mata.
Penjaring gol terbanyak La Liga, Lionel Messi, meledak gol ke-15 musim ini di Nou Camp, bersama Gerard Pique dan pemain gantian David Villa turut menjaringkan gol. Malah, rakan segandingan Pique, Carles Puyol menjaringkan gol tercantik, jarang dilakukan pemain.

Awalnya, Valencia yang agresif meletakkan Real dalam tekanan di Mestalla, namun Benzema akhirnya meledak gol pertama pada minit ke-20.

Valencia kemudian mendominasi babak kedua, apabila lawan dilayangkan kad kuning kerana bertindak kasar. Namun, Ramos mengenepikan senario itu dengan menghasilkan gol buat tuan rumah pada minit ke-72.
Penyerang tuan rumah, Roberto Soldado meletakkan kedudukan kepada 2-1 tiga minit kemudian, sebelum Ronaldo menjaringkan gol ke-14 dalam 78 perlawanannya. Saldano menambah gol keduanya untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan buat Real.

Sementara itu, di awal perlawanan sepak mula, Pique meletakkan Barca di depan menerusi tendangan percuma Xavi pada minit ke-18 sebelum Messi menyambut hantaran Fabregas dan membuat tendangan melepasi Roberto.
Kapten pasukan, Puyol menyumbang gol ketiga, 10 minit selepas waktu rehat dan Villa yang menggantikan Fabregas pada minit ke-66 meletakkan Barca di kedudukan 4-0 dengan tandukan hebat 15 minit sebelum wisel penamat ditiupkan.

“Ini bulan sukar buat kami dengan banyak kejohanan utama. Madrid mengungguli liga dan kami mahu tamat di tangga teratas kumpulan Liga Juara-Juara, tetapi yakin mampu mencapai sasaran itu,” kata Puyol. - Reuters

No comments:

Post a Comment