Monday 28 November 2011

Mainz tambah duka bintang Bayern (29.11.2011)

BERLIN: Kekalahan mengejut 2-3 Bayern Munich di tangan Mainz menyebabkan kelab dari Bavaria itu kekal di tangga ketiga Bundesliga sekali gus membolehkan juara bertahan Borussia Dortmund merampas tangga teratas buat kali pertama musim ini.
Selepas tewas 0-1 kepada Dortmund hujung minggu lalu, pasukan bimbingan Jupp Heynckes sekali lagi kecundang apabila benteng pertahanan mereka gagal mengekang jentera serangan Mainz yang tidak gentar dengan rekod juara Jerman itu.

“Kami memudahkan laluan buat mereka, aksi yang ditunjukkan mereka untuk mengelak dari terus berada di zon penyingkiran cukup terserlah,” kata kapten Bayern, Philipp Lahm.
“Kami mungkin jauh lebih baik daripada mereka tapi jika anda tidak letakkan usaha di tahap tertentu, inilah natijahnya.” Tuan rumah layak menang selepas Bayern sekali lagi gagal menguasai bahagian tengah.

Mereka kehilangan sentuhan bahagian itu selepas bintang tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger patah tulang selangka.

Mainz mendahului menerusi jaringan pemain tengah Austria, Andreas Ivanschitz pada minit ke-11.

Pertahanan Bayern, Daniel van Buyten menyamakan kedudukan pada minit ke-56 namun Mainz enggan menyerah dan selesa di depan, 3-1 menerusi jaringan Marco Caligiuri dan Nico Bungert, sebelum Buyten merapatkan jurang 11 minit sebelum perlawanan berakhir. - AFP

No comments:

Post a Comment