Saturday 26 November 2011

Kejutan Jericho (27/11/2011)

CHRIS Jericho memberi kejutan apabila mengumumkan bahawa kerjaya gustinya sudah berakhir.
Penggusti berusia 41 tahun itu meninggalkan WWE selepas kontraknya berakhir September tahun lalu tetapi dijangka kembali apabila komitmen rakaman pertunjukan jelajah dengan kumpulan muziknya, Fozzy selesai.

Begitupun Jericho memberitahu 420,000 pengikutnya di Twitter bahawa dia tidak berniat untuk bekerja lagi di syarikat milik Vince McMahon.
“Biar saya jelaskan. Saya tidak akan bergusti untuk WWE lagi tetapi akan ada sesuatu yang baru dalam dunia tarian.” Kenyataan Jericho itu membayangkan bahawa itu adalah kali terakhir dia beraksi di gelanggang.

Sebelum ini dia mengakui tidak akan bekerja dengan syarikat gusti lain kerana kesetiaannya kepada WWE.

“Saya tidak menolak kemungkinan kembali tetapi sibuk dengan perkara lain dan ketika ini saya tiada rancangan untuk kembali bersama WWE.
“Saya tidak kisah jika tidak kembali. Saya akan pulang atas sebab tertentu dan untuk tempoh yang panjang. Saya tidak mahu hanya sekadar muncul sekali.

“Lebih baik jika saya menyertai atau meninggalkan mereka, bukan untuk sekali sekala.
“Tetapi kesetiaan saya adalah untuk WWE, jadi saya tidak akan muncul di TNA atau muncul dalam pertunjukan di Jepun.

“Saya tidak melihat kewajaran untuk ke tempat lain bila saya bekerja dengan pasukan terbaik.” Sementara itu, Paul Heyman memuji khidmat Steve Austin dalam Extreme Championship Wrestling, dan berkata Stone Cold berada jauh di depan penggusti lain.

Dalam wawancara bersama WWE.com, orang kuat di belakang ECW menjelaskan: “Steve menyertai dua perlawanan dalam ECW. Saya harap dia sertai 2,000.

“Dia bertarung dengan Mikey Whipwreck sewaktu acara 'November to Remember 1995' untuk gelaran dunia ECW dan bertarung sekali lagi dengan Mikey Whipwreck dan The Sandman dalam Three-Way Dance untuk ECW World Title pada Disember 1995. “Saya mahu membina ECW dengan Steve Austin sebagai juara dunia.

“Saya juga meletakkan Steve untuk memenangi gelaran ketika November to Remember 1995 tetapi dia cukup meminati Mikey Whipwreck, menurutnya adalah lebih baik jika Mikey menang perlawanan itu dan Steve menganggap ia bagus untuk pembinaan karektornya.”

No comments:

Post a Comment