Friday 25 November 2011

Ketangkasan Khairul terus jadi taruhan (26.11.2011)

KETANGKASAN penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi diperlukan bagi memastikan tiga mata mampu diraih skuad Olimpik negara.
Skuad negara tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan kemenangan ke atas Bahrain yang turut memburu tiga mata selepas kecundang dua aksi awal kepada Syria dan Bahrain.

Kedua-dua pasukan kini masih belum meraih sebarang mata dengan Malaysia dan Bahrain dijangka mengamalkan corak permainan menyerang bagi memburu gol awal.
“Kami perlu bersedia kerana lawan juga memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang. Sudah tentu banyak serangan yang perlu kami hadapi.

“Namun saya percaya dengan semangat juang tinggi dipamerkan selain kerjasama di kalangan pemain kami mampu mengatasi mereka dan mencatatkan kemenangan,” kata kapten skuad Olimpik negara itu.

Menurutnya, walaupun masih belum mengetahui secara terperinci kekuatan sebenar lawan namun dia dan rakan-rakannya sudah menonton aksi Bahrain menentang Syria tempoh hari.
“Perancangan perlu betul untuk perlawanan ini dan perlu bermain dengan corak permainan yang biasa kami pamerkan bagi mencapai kejayaan,” kata penjaga gol berusia 22 tahun itu.

No comments:

Post a Comment