Sunday, 13 November 2011

Woods dilaluan betul (14/11/2011)

SYDNEY: Laluan Tiger Woods untuk menamatkan musim kemarau sejak dua tahun lalu semakin hampir apabila berada di kedudukan ketiga di belakang juara dua kali Terbuka Australia, Greg Chalmers, semalam.
Bekas juara dunia yang ketinggalan jauh hingga berada di luar ranking 50 buat pertama kalinya dalam tempoh 15 tahun itu kini kembali meletakkan kedudukan sebagai pemenang sejak kali terakhir meraihnya di saingan Masters Augusta, April lalu.

Meskipun dengan tiga eagle pada lubang ke-14 dan birdie di lubang 17, dia masih gagal mendahului pemain ranking 215, Chalmers yang menewaskan rakan senegara, John Senden, dengan satu pukulan.
Juara 14 kali itu, kali terakhir melakar kejayaan pada Master Australia 2009, tamatkan saingan dengan lima bawah par 67 untuk mengumpul mata keseluruhan 11 bawah par 277.

Woods mendapat sokongan 67,000 penonton di Sydney dan dia dilihat berusaha gigih untuk mencipta kegemilangannya semula.

“Saya berasa hebat beraksi di sini dan akhirnya kembali cergas. Saya berjaya melakukan perubahan yang baik, semalam,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment