Sunday 13 November 2011

RM600 untuk juara (14/11/2011)

KELAB Sukan SportsUnite serta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Karnival Bola Sepak Perpaduan 7 sebelah bawah 10 dan 12 tahun di padang bola sepak Kompleks Sukan MPSJ pada 4 Disember depan.
Dengan mengehadkan penyertaan kepada 24 pasukan saja bagi setiap kategori, karnival bola sepak ini dianjurkan sempena Larian Amal MPSJ 10km untuk tabung Bulan Sabit Merah cawangan Selangor yang turut berlangsung pada hari sama.

Hadiah menarik menanti pemenang dengan johan bagi setiap kategori akan menerima wang berjumlah RM600 serta pingat serta barangan tajaan dari Milo dan Figos.
Menariknya, satu anugerah iaitu Anugerah Perpaduan dengan nilai hadiah berjumlah RM250 serta piala menanti pasukan yang menurunkan pelbagai pemain berbilang kaum.

Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite, Dina Rizal berkata, pihaknya amat berbangga menganjurkan karnival berkenaan selain yakin ia akan mendapat sambutan positif daripada ibu bapa.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pengarah Teknikal, Nik Muhd Radzi (gambar) di talian 019-3519934/013-9118877 atau Pembantu Teknikal, Shergar Reza 03-79545605/012-2746560 untuk mendapat borang penyertaan dan menjelaskan yuran pendaftaran RM100.


No comments:

Post a Comment