Thursday 24 November 2011

Valencia kenduri gol (25.11.2011)

MADRID: Roberto Soldado meledak tiga gol pada separuh masa pertama untuk membantu Valencia membelasah Genk 7-0, awal pagi semalam sekali gus menghidupkan kembali harapan kelab Sepanyol itu untuk layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara.
Jonas Goncalves membuka jaringan awal sebelum persembahan solo Soldado memberikan kelebihan 4-0 yang kemudiannya ditambah Pablo Hernandez, Aritz Aduriz dan Tino Costa bagi melengkapkan kemenangan besar itu.

Kemenangan ini melonjak Valencia ke tempat kedua Kumpulan E, satu mata di belakang pendahulu kumpulan, Bayer Leverkusen yang menewaskan Chelsea 2-1, juga pada awal pagi semalam.
Valencia kini bertandang ke London, terikat mata dengan Chelsea dan memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri 1-1 untuk layak kerana mempunyai perbezaan gol lebih baik yang diraih pada perlawanan itu berbanding lawan dari London itu.

Jurulatih Valencia, Unai Emery tegas menyatakan, sebelum perlawanan beliau memang mahukan gol. - AFP

No comments:

Post a Comment