Thursday 24 November 2011

Jaringan Hulk hidup peluang Porto (25.11.2011)

DONETSK (Ukraine): Jaringan Hulk dan gol sendiri pada minit akhir perlawanan menghidupkan kembali harapan Porto mara ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas menewaskan juara bertahan Liga Europa, Shakhtar Donetsk, 2-0, awal pagi semalam.
Porto kekal di tangga ketiga Kumpulan G, satu mata di belakang Zenit St Petersburg yang menjadi lawan terakhir mereka bulan depan.

Shakhtar yang berada di tempat terbawah kumpulan, kekalahan ini mengakhiri usaha mereka untuk sekurang-kurangnya meraih tempat ketiga dan tiket ke Liga Europa.
Saingan babak pertama berlangsung sengit dan penyerang Porto dari Brazil, Hulk sentiasa menyukarkan barisan pertahanan Shakhtar.

Hulk memecahkan kebuntuan pada minit ke-79 apabila menyudahkan hantaran Joao Moutinho melepasi jangkauan penjaga gol lawan, Olexandr Rybka.

Porto menggandakan kelebihan pada minit terakhir apabila Rat tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang rembatan pemain gantian Porto, Cristian Rodriguez. - AFP

No comments:

Post a Comment