Thursday 10 November 2011

Sumbangan Gilmour diiktiraf (11/11/2011)

DATUK Peter Gilmour, Penasihat Perlumbaan Piala Monsun menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama BrandLaureate 2011 pada majlis makan malam gala yang dianjurkan Asia Pacific Brands Foundation (APBF) di Hotel Mandarin Oriental, kelmarin.
Sebelum ini, anugerah hanya diberi kepada jenama dan syarikat tetapi jarang kepada pemimpin yang bertungkus-lumus di sebalik kejayaan sesuatu jenama. Buat pertama kali, APBF melancarkan Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama BrandLaureate 2011 untuk memberi penghormatan kepada ikon yang paling cemerlang di Malaysia dan seluruh dunia.

Anugerah Ikon ini merupakan satu anugerah perdana eksklusif yang diberi kepada beberapa pemimpin terpilih dalam bidang masing-masing. Penerima anugerah dipilih berdasarkan pencalonan dan ditapis jawatankuasa pemilihan yang meneliti rekod kerjaya, pencapaian, dan sumbangan mereka kepada industri dan negara.
Dr KK Johan berkata: “Apa yang membezakan ikon dari pemimpin adalah seorang ikon mempunyai faktor X mengenai inspirasi, kepintaran, idea, daya inovasi dan imaginasi. Pemimpin dengan faktor X adalah ikon yang memimpin jenama, organisasi dan negara mereka ke tahap yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment