Friday 25 November 2011

SPRM anjur futsal Piala Keselamatan (26.11.2011)

BAHAGIAN Keselamatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Grand Final Futsal Gerak Mesra Keselamatan 2011 berlangsung di Galaxy Futsal di Bangi pada 10 Disember ini.
Pengurus program, Ahmad Sabri Mohamed berkata, kejohanan itu akan disertai pasukan pemenang Siri Futsal Keselamatan SPRM, agensi penguatkuasa dan keselamatan serta pasukan media dan agensi berita.

Grand Final itu dibahagikan kepada tiga peringkat liga, Liga SPRM bagi merebut Piala Adil untuk Siri Futsal Keselamatan SPRM, Liga Penguatkuasa bagi merebut Piala Tegas untuk agensi penguatkuasa dan keselamatan, serta Liga Media untuk memburu kejuaraan Piala Amanah bagi agensi berita dan media.
“Setiap liga terhad enam pasukan dan pemenang setiap liga layak ke peringkat seterusnya untuk merebut Piala Juara Antara Juara iaitu Piala Keselamatan,” kata Ahmad Sabry.

Bagi peringkat itu, pasukan yang layak dibenar meminjam tidak lebih daripada tiga pemain tambahan dari pasukan lain dalam liga yang disertai dengan sebanyak 13 orang pemain dibenarkan untuk didaftarkan.

Pasukan yang ingin menyertai kejohanan itu boleh berhubung dengan urusetia di talian 03-88867669 atau ahmadsabri@sprm.gov.my. - Bernama

No comments:

Post a Comment