Friday, 25 November 2011

Saingan 21 pasukan (26.11.2011)

SEBANYAK 21 pasukan akan berentap dalam Kejohanan Badminton Antara Kelab 2011 merebut Piala Datuk Ng Boon Bee Cup yang akan diadakan selama dua hari di Kelab Renang Ipoh (ISC) mulai hari ini.
Pasukan itu ialah Kelab Kulim, Kelab Sukan Pulau Pinang (Penang Sports Club), Kelab Badminton Bayan Baru, Manjung Badminton Team, Kelab Diraja Klang.

Turut diundang ialah Kelab Shah Alam Selangor, Sunway Lagoon Club, Pasukan OUG, Negeri Sembilan Chinese Recreation Club (NSCRC) dan Pasukan Ipoh Specialist Centre (KPJ Ipoh).
Tuan rumah, Ipoh Swimming Club pula menghantar tiga pasukan bagi menghadapi kejohanan yang kali pertama dianjurkan itu.

Format kejohanan ialah beregu terbuka lelaki dan wanita, beregu lelaki (umur campuran berjumlah 85 tahun), beregu lelaki (umur campuran 95 tahun) dan beregu lelaki (umur campuran 105 tahun).

No comments:

Post a Comment