Friday 25 November 2011

Regu Ireland, Australia ungguli hari kedua (26.11.2011)

HAINAN (China): Pasangan Ireland, Rory McIlroy dan Graeme McDowell mencatat empat bawah par 68 pada pusingan kedua Piala Dunia untuk terikat tempat pertama bersama gandingan Australia, Brendan Jones dan Richard Green, semalam.
Kedua-dua pasangan kini terikat di tangga teratas pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$7.5 juta (RM24 juta) selepas mengumpul 13 bawah par 131.

Pemain nombor dua dunia, McIlroy dan juara Terbuka AS 2010, McDowell melakukan enam birdie dan dua bogey pada saingan format foursome pukulan bersilih ganti. “Kami sukar memperoleh rentak di sembilan lubang pertama. Bagaimanapun, McIlroy bermain dengan baik untuk memastikan kami mengakhiri cabaran dengan meyakinkan,” kata McDowell. “Saya sukar mencari rentak di green sejak dua hari lalu tapi pukulan kami memuaskan dan keseluruhan persembahan McIlroy amat baik.” McIlroy bagaimanapun gembira dengan catatn yang mereka lakukan. “Catatan lingkungan 60-an amat memuaskan di lapangan yang sukar ini,” katanya. Jones dan Green mencatat satu eagle dan tiga birdie tapi dua bogey menyebabkan mereka berpuas hati dengan catatan 70 pukulan.
“Kami merangka strategi dan memutuskan apa jua keputusan bawah par akan kami kami terima. Maknanya kami berjaya memenuhi sasaran itu,” kata Green.

“Agak mengecewakan apabila mengakhiri saingan dengan bogey. Namun lapangan ini amat sukar dan lubang ke-18 paling sukar. “Kami harap memperbaiki catatan dan tidak mengulanginya esok.” - AFP

No comments:

Post a Comment