Friday 25 November 2011

Nadal lesu, tersingkir (26.11.2011)

LONDON: Rafael Nadal mengaku kekurangan motivasi menjadi punca dirinya tampil lesu sepanjang kejohanan Final Jelajah Dunia ATP.
Pemain dunia nombor dua dunia itu tersingkir daripada kejohanan penghujung musim itu selepas tewas kepada Jo-Wilfried Tsonga, 6-7 (2/7), 6-4, 3-6, kelmarin. Kekalahan itu yang kedua berturut-turut di O2 Arena, London.

Jaguh Sepanyol itu perlu menewaskan Tsonga untuk layak ke separuh akhir selepas kecundang di tangan Roger Federer pada saingan Kumpulan B. Namun, dia tidak bertenaga untuk membenam pemain dunia nombor enam itu.
Nadal antara pemain yang menuntut tempoh jelajah ATP disingkatkan dan dia mengakui mengalami tekanan fizikal dan mental akibat cabaran yang ditangani selama 11 bulan lalu.

“Ia berpunca dari pelbagai perkara, mungkin kerana kurang teruja beraksi dan terlalu letih. Selepas latihan tiga minggu lalu, saya lebih gembira tapi belum begitu bersedia untuk bertanding.

“Saya tidak meletakkan sasaran besar untuk kejohanan ini. Tetapi, pastinya berharap keadaan berubah. Musim ini bagus tetapi ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment