Saturday 12 November 2011

Redknapp makin pulih (13/11/2011)

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp akan kembali mengendalikan perlawanan Liga Perdana Inggeris di laman sendiri pada pertemuan menentang Aston Villa, dua minggu selepas menjalani pembedahan kecil jantungnya.
Redknapp, 64, berharap dapat kembali untuk perlawanan menentang Fulham di London hari ini tetapi dinasihatkan supaya berehat dan menonton perlawanan itu di televisyen.

“Pengurus berehat di rumahnya selepas pembedahan dilakukan untuk melancarkan arteri koronarinya yang tersumbat, Rabu lalu dan tidak dapat berada di Craven Cottage hujung minggu ini kerana masih belum pulih,” menurut kenyataan dikeluarkan di laman web Spurs.
Redknapp pula mengumumkan semakin pulih dan akan kembali bersama pasukan sebaik sahaja beliau dibenar melakukannya.

“Saya akan berehat buat masa ini dan ikut nasihat doktor. Jika saya melakukannya, saya tidak akan menghadapi sebarang masalah.” Bekas pengurus West Ham United, Portsmouth dan Southampton itu berkata, beliau sedar berdepan masalah apabila mengalami sakit dada ketika berlari di atas treadmill di rumahnya di Dorset. - Reuters

No comments:

Post a Comment