Saturday 12 November 2011

Ferguson bijak gilap bintang (13/11/2011)

Dilabel penjaga gol terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, penjaga gol Denmark itu memastikan gawang jarang dibolosi selain benteng mantap yang sentiasa menjadi rahsia kejayaan United sepanjang 1990-an.
Schmeichel yang dibeli pada harga £500,000 (RM2.49 juta) tahu bagaimana memaksimumkan susuk tubuhnya yang besar untuk menghalang penyerang lawan dan turut menggerunkan rakannya yang kerap diherdiknya. 
Dia menyertai kelab itu selama lapan tahun dan mengetuai United apabila Roy Keane digantung perlawanan pada final Liga Juara-Juara 1999 ketika anak buah Ferguson membolot tiga gelaran. 

Eric Cantona (Dari Leeds, 1992)
Tempoh lima tahun Cantona bersama United begitu sukar dilupakan. Pemain Perancis yang dibeli Ferguson dengan nilai lebih £1 juta (RM4.99 juta) menghidangkan persembahan yang disanjung peminat kelab itu dan membantu Red Devils meraih empat gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua Piala FA.

Cantona atau King Eric dipuja peminat kerana aksinya yang hebat dalam keadaan tertekan. Namun, dia turut diingati selepas melepaskan tendangan ala kung-fu terhadap penyokong Crystal Palace.

Keputusannya untuk bersara pada usia 30 tahun pada 1997 dianggap tepat meskipun penyokong masih dahagakan khidmatnya.


Roy Keane (Dari Nottingham Forest, 1993)

Bayaran £3.75 juta (RM18.7 juta) dibelanjakan Ferguson bagi mendapatkan Keane adalah rekod tertinggi di Britain pada masa itu tetapi timbul tanda-tanya sama ada ia satu pembelian yang berbaloi.

Sepanjang 12 tahun berkhidmat, pemain tengah Ireland itu menjadi nadi United dan membantu kelabnya mendominasi bola sepak Inggeris pada 1990-an dan dekad berikutnya. Dia juga membantu mereka ke final Liga Juara-Juara 1999 tetapi tidak dapat diturunkan kerana digantung.

Keane menggantikan Cantona sebagai kapten dan turut mempunyai sikap panas baran tetapi kelebihannya di padang membuatkannya cukup popular di kalangan peminat United dan menjadikannya pemain yang ingin dimiliki kelab lain.


Cristiano Ronaldo (Dari Sporting Lisbon, 2003)

Ferguson membawa masuk pemain remaja Portugal, Ronaldo dengan bayaran £12.24 juta (RM61 juta) dan pengurus itu dilihat membazirkan wang untuk membeli pemain yang tidak lebih sebagai penyeri kelab itu pada awal kemunculannya di United.

Dia kemudian membuktikan bakatnya tidak boleh diperlekehkan apabila bangkit sebagai pemain paling berpotensi di dunia. Ronaldo menjaringkan 42 gol untuk kelab itu pada musim 2007-08 dan membantu Red Devils menjuarai Liga Juara-Juara.

Biarpun pemergiannya ke Real Madrid setahun kemudian mengejutkan tetapi bayaran £80 juta (RM399.2 juta) untuknya meredakan keadaan.


Edwin van der Sar (Dari Fulham, 2005)

Van der Sar berusia 34 tahun ketika tiba di Old Trafford dengan nilai bayaran yang tidak didedahkan tapi hakikatnya penjaga gol Belanda itu bukan berada di penghujung kariernya.

Tindakan Ferguson itu tepat kerana beliau akhirnya menemui penyelesaian di posisi yang sering menjadi masalah bagi United sejak pemergian Schmeichel apabila kedua-dua tangan Van der Sar membantu pasukan itu menikmati era kejayaan baru.

Dia mencatat rekod tersendiri apabila gawangnya sering gagal dibolosi pada musim 2008-09 dan akhirnya bersara daripada bola sepak pada 2011 selepas menjuarai empat gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Red Devils.

No comments:

Post a Comment