Sunday 13 November 2011

Produk Admiral kini lebih mantap (14/11/2011)

AHLI sukan yang aktif bersukan pasti mengerti kelengkapan sempurna bukan saja satu aksesori, malah keperluan penting terutama bagi mengelak daripada kecederaan.
Admiral menyahut cabaran dengan menghasilkan produk berkualiti menerusi reka bentuk terkini dan boleh dibanggakan.

Edisi terbaru keunikannya bukan saja daripada reka bentuk dinamik, malah memiliki teknologi terkini seperti selaput tumit ‘gel’ bagi memberikan pemakai kestabilan, keselesaan dan perlindungan.
Harganya dari RM69.90 hingga RM159.00 pastinya memberi keistimewaan kepada pembelinya.

Pengurus Pemasaran Stream Enterprise, Wei Chong Hwa, berkata pemakainya boleh merasai kualiti dan teknologi yang setanding dengan jenama popular lain.


No comments:

Post a Comment