Sunday 13 November 2011

Apacs anjur Kejohanan Apacs-Supercourts Badminton 2011 (14/11/2011)

PENGELUAR jenama raket terkenal, Apacs akan menganjurkan Kejohanan Apacs-Supercourts Badminton 2011 di Dewan Badminton Supercourts, Subang Jaya selama dua hari bermula 19 November ini.
Kejohanan yang julung kali dianjurkan itu terbuka kepada semua pemain dengan lima kategori dipertandingkan iaitu terbuka beregu lelaki, perseorangan lelaki, beregu wanita, perseorangan lelaki bawah 18 tahun serta kategori veteran.

Menawarkan pelbagai hadiah lumayan, mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh membuat pendaftaran terus di Supercourts, Subang Jaya; menerusi laman sosial facebook dengan menaip ‘Supercourts’ atau menghubungi terus pengurusan Supercourts di talian 03-80237972 untuk sebarang pertanyaan.
Lebih menarik, beberapa pemain kebangsaan akan turut serta menyertai kejohanan itu, antaranya termasuklah pemain perseorangan negara, Kuan Beng Hong. Mereka yang berminat diminta mendaftar segera kerana tarikh akhir tutup penyertaan adalah pada 16 November dengan pihak penganjur mensasarkan penyertaan sehingga 300 orang.


No comments:

Post a Comment