Friday 11 November 2011

Perenang tak sihat (12/11/2011)

CUACA panas serta berdebu di Kompleks Sukan Jakabaring mula menghantui skuad renang negara apabila Chan Kah Yan dilaporkan mengalami selesema yang teruk.
Keadaan itu sedikit sebanyak merencatkan sasaran empat emas dari kolam renang di Sukan Sea ke-26 ini apabila Kah Yan akan turun dalam acara pertamanya, 200m kuak lentang hari ini.

Pengurus pasukan, Edwin Chong berkata, Kah Yan sudah mengambil ubat bagi mengatasi masalah itu namun keadaannya masih belum reda.
“Saya OK tapi apabila berenang, saya dapati pernafasan tidak lancar,” kata Kah Yan ketika ditemui di perkampungan sukan, Kompleks Sukan Jakabaring.

Kah Yan akan beraksi dalam lapan acara dan perenang pertama turun ke kolam renang hari ini.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik tapi jika gagal kerana selesema ini, saya akan cuba dalam acara lain.” Selain Kah Yan, tiga lagi atlet negara akan beraksi hari ini. Yap See Tuan dilihat mempunyai prospek cerah untuk menghadiahkan pingat apabila turun dalam acara 200m kuak dada selain Marellyn Liew, 100m kuak kupu-kupu.

Sandaran seterus digalas Foo Jian Beng yang turun menggantikan tempat Daniel Bego dalam acara 50m kuak kupu-kupu.

Selain Kah Yan, Edwin mengesahkan semua atlet negara berada dalam keadaan terbaik dan tidak berdepan masalah termasuk kecederaan.

“Ketika ini semua baik. Tiada sebarang kecederaan namun sukar untuk memastikan keadaan ini akan berkekalan kerana apa saja boleh berlaku,” kata Edwin.

No comments:

Post a Comment