Friday 11 November 2011

Hasli tekad bidik emas (12/11/2011)

KUDRAT penembak senior, Hasli Izwan Amir Hasan terus ditagih untuk menghasilkan pingat emas pertama dari lapang sasaran hari ini.
“Saya akan berbakti kepada negara selagi khidmat saya diperlukan,” katanya yang masih lagi belum memikirkan untuk bersara.

Turun dalam acara 25 meter rapid fire pistol hari ini, Hasli, 34, bertekad mahu menghasilkan kilauan emas bagi mengubat kekecewaan dua tahun lalu ketika beraksi di Laos apabila sekadar membawa pulang perak.
Biarpun berdepan masalah dicetuskan tuan rumah yang melancarkan perang psikologi apabila tidak membenarkan peluru dari Malaysia dibawa memasuki Palembang, Hasli berkata perkara itu sudah diatasi.

Katanya, tiada lagi masalah peluru kerana peluru baru sudah dibeli dan semuanya dikira sudah selesai dengan latihan di lapang sasar diteruskan seperti biasa.

“Kami membeli peluru baru untuk sesi latihan. Keadaan lapang sasarnya juga memuaskan dan semua peserta mempunyai peluang yang sama,” katanya.

Hasli antara penembak yang sentiasa menjadi penyumbang utama kepada kontinjen negara.

Dia membawa pulang satu emas pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur, 2005 di Manila dalam acara individu, satu emas dan satu perak di Vietnam dan dua perak di Laos.

No comments:

Post a Comment