Friday 11 November 2011

Pengurusan City mungkin denda Tevez (11/11/2011)

LONDON: Pengurusan Manchester City mungkin akan mendenda Carlos Tevez sekali lagi selepas bintang Argentina itu gagal melapor diri untuk latihan, kelmarin.
Tevez, 27, dilapor pulang ke Argentina awal minggu lalu tapi perlu kembali ke Manchester, kelmarin namun pegawai rasmi City mengesahkan pemain itu gagal melakukannya.

Tindakan Tevez ini mengecewakan ketua kesatuan pemain England, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), Gordon Taylor.
Taylor melalui PFA sebelum ini membantu mengurangkan hukuman pemotongan gaji Tevez daripada empat minggu kepada dua minggu, bulan lalu, berkata, pemain Argentina itu memaksa City mendendanya.

“Saya yakin perkara ini akan menimbulkan lebih banyak masalah. Saya kecewa dengan senario ini. “Situasinya kini semakin goyah. Penasihatnya pasti tertanya-tanya apa yang harus mereka lakukan selepas ini,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment