Thursday 24 November 2011

Peluang Berdych masih terbuka (25.11.2011)

LONDON: Peluang pemain Republik Czech, Tomas Berdych ke separuh akhir Final Jelajah ATP Dunia masih terbuka selepas menewaskan pemain Serbia, Janko Tipsarevic 2-6, 6-3, 7-6 (8/6), awal pagi semalam.
Berdych yang tewas perlawanan pertama kepada Novak Djokovic hampir tersingkir selepas Tipsarevic yang menggantikan tempat Andy Murray yang cedera, hampir menamatkan perlawanan pada set terakhir tetapi pilihan ketujuh itu kembali bangkit untuk memenangi perlawanan itu yang berlangsung di 02 Arena London.

Berdych perlu menewaskan David Ferrer pada perlawanan terakhir, hari ini untuk melangkah ke separuh akhir.
Sementara itu kempen Tipsarevic tampak berakhir apabila bertemu Djokovic pada perlawanan terakhir. - AFP

No comments:

Post a Comment