Friday 11 November 2011

Pacquiao tak sabar belasah Marquez (12/11/2011)

LAS VEGAS: Ikon tinju Filipina, Manny Pacquiao tidak perlu membuktikan kemampuannya selepas meraih gelaran dunia dalam lapan kategori namun tetap melengkapkan diri menjelang pertemuan menentang Juan Manuel Marquez dari Mexico, hari ini.
Pacquiao akan mempertahankan gelaran Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) selepas kedua-duanya seri pada perlawanan pertama pada 2004. Peninju kidal itu bagaimanapun menang perlawanan ulangan dengan kelebihan hanya satu mata pada 2008.

Tindakan Marquez mengutuk Pacquiao dan mendakwa dia sepatutnya diumum pemenang kedua-dua perlawanan itu menyebabkan peninju Filipina digelar ‘Pacman’ itu berlatih lebih gigih daripada sebelum ini.
“Saingan ini antara yang terpenting buat saya kerana dia (Marquez) mendakwa dia yang sepatutnya diumum pemenang kedua-dua perlawanan sebelum ini.

“Persoalannya sekarang, bagaimana untuk saya buktikan pada orang ramai yang saya memenangi kedua-dua perlawanan itu,” katanya.

Keputusan KO pastinya akan membuktikan siapa yang sebenarnya jaguh dan kedua-dua peninju mereka sudah bersedia untuk menundukkan lawan masing-masing. Marquez gigih meningkatkan tenaganya manakala Pacquiao memperbaiki pergerakan kaki dan tangan kanannya.

“Melihat pada latihan agresif Manny, saya yakin itu adalah yang ingin dicapainya. Dia memang mahu menang.

“Jika Manny menjatuhkan lawannya, saya yakin Marquez akan bangkit lagi,” kata jurulatih Pacquiao, Freddie Roach.

Pacquiao menjatuhkan Marquez tiga kali di pusingan pertama pada perlawanan pertama dan juga di pusingan ketiga pada pertemuan ulangan.

“Saya berani bertaruh atas nyawa saya yang Marquez memenangi saingan kedua,” kata jurulatih Marquez, Ignacio Beristain. - AFP

No comments:

Post a Comment