Friday 11 November 2011

Button tekad terus bersama McLaren (12/11/2011)

ABU DHABI: Pelumba Britain, Jenson Button memutuskan untuk mengikat perjanjian panjang dengan McLaren kerana yakin pasukan itu mampu menyokong misinya meraih satu lagi gelaran Formula Satu (F1).
Pelumba Inggeris berusia 31 tahun itu berkata, meskipun menerima pelbagai tawaran menarik dari pasukan lain, dia tetap memilih untuk kekal bersama McLaren.

“Saya yakin mampu melonjakkan kedudukan pasukan dan mereka juga berupaya memenuhi kehendak saya untuk meraih satu lagi gelaran dunia.
“Saya tidak pasti sama ada pasukan lain mampu melakukannya tapi apa yang saya tahu, ketika ini saya berada dalam pasukan terbaik. “Setiap tahun saya berlumba untuk pasukan ini dan saya akan berjuang untuk muncul juara sekali lagi,” kata Button yang baru saja melanjutkan kontraknya.

Button memulakan kerjayanya dalam arena sukan F1 pada 2000 dan mencatat kemenangan pertamanya pada 2006 di Grand Prix Hungary ketika berlumba untuk Honda.

Walaupun meraih gelaran pertamanya ketika bersama Brawn GP pada 2009, Button menyertai McLaren untuk tiga tahun pada 2010. - AFP

No comments:

Post a Comment