Wednesday 9 November 2011

NSAM kesal Garuda buat hal (10/11/2011)

SKUAD menembak negara berdepan cabaran sebelum lapang sasar dibuka apabila peluru yang sepatutnya dibawa bersama tidak dibenar menaiki kargo syarikat penerbangan rasmi Sukan Sea, Garuda Airlines.
Masalah itu dimaklumkan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) dua hari sebelum skuad menembak berlepas ke Palembang, namun permintaan bukan-bukan syarikat penerbangan itu gagal dipenuhi dan tidak pernah berlaku ketika skuad negara menyertai kejohanan di negara lain menggunakan syarikat penerbangan selain Garuda.

Pengurus pasukan, Muzli Mustakim berkata, pihaknya kini hanya berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat menyelesaikan isu itu segera.
“Garuda minta macam-macam dokumen tapi kami hanya sediakan dokumen seperti kebiasaan jika mahu membawa senjata dan peluru untuk kejohanan sukan.

“Tapi mereka mahukan surat dari kilang pengeluar pula, memang sukar untuk dipenuhi,” kata Muzli.


No comments:

Post a Comment