Wednesday 9 November 2011

Prapol tabik Harimau (10/11/2011)

JURULATIH skuad Bawah 23 Tahun Thailand, Prapol Pongpanich menabik Malaysia selepas mereka tumpas 1-2 di tangan juara bertahan itu dalam aksi Kumpulan A bola sepak Sukan Sea Indonesia semalam.
Bagaimanapun beliau tetap bangga dengan aksi pemainnya yang berusaha bersungguh-sungguh bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan pada babak pertama biarpun kekurangan seorang pemain.

“Pemain saya sudah mencuba tapi ternyata Malaysia bermain lebih baik. Ramai pemain kami cedera hingga terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam perlawanan tadi (semalam).
“Saya puji sikap pemain yang berusaha mencari gol penyamaan, kami harap sekurang-kurangnya seri tapi tidak berjaya,” katanya.

Jelasnya selain faktor kecederaan pemain, Prapol menyifatkan banjir melanda Bangkok turut menjejaskan tumpuan pemain termasuk kapten mereka, Ronnachai Rangsiyo yang kehilangan tempat tinggal.

No comments:

Post a Comment