Wednesday 23 November 2011

Nadal yakin bangkit (24/11/2011)

LONDON: Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal yakin mampu bangkit selepas diaib Roger Federer, 3-6, 0-6 dan menempah tiket ke separuh akhir Jelajah Akhir ATP.
Nadal mengalami kekalahan paling buruk dalam kariernya apabila Federer mencatatkan kemenangan dalam tempoh satu jam di gelanggang O2 Arena, London.

Pemain Sepanyol itu gagal mengekang Federer yang mempamerkan salah satu persembahan terbaiknya namun dia masih mampu mara ke separuh akhir andai menewaskan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, hari ini.
“Ini bukan masanya untuk kecewa dan mengucapkan selamat tinggal, ini masa untuk terus berjuang,” kata Nadal.

“Saya akan mara ke separuh akhir jika menang perlawanan selepas ini.” - AFP

No comments:

Post a Comment