Friday 11 November 2011

Molinari, Morrison ungguli aksi awal (11/11/2011)

SINGAPURA: Edoardo Molinari (gambar) dan James Morrison mengetepikan cuaca panas untuk mengatasi barisan pemain bertaraf bintang selepas mencatat sembilan bawah par 62 untuk berkongsi pendahuluan Terbuka Singapura, semalam.
Ketika suhu mencecah 33 darjah Celsius (91 Fahrenheit) yang menyaksikan pemain kepanasan, kedua-dua pemain itu sebaliknya menyerlah apabila memecah rekod lapangan par 71 Tanjung di Pulau Sentosa itu.

Molinari melakukan 10-birdie yang dicacatkan satu bogey manakala Morrison melakukan empat bawah par sebelum menambah enam lagi pada sembilan lubang terakhir, hanya menggugurkan satu pukulan di par tiga ke-16.
Pemenang tunggal takhta utama Asia yang juga penyandang juara Kejohanan PGA 2009, YE Yang, ketinggalan satu pukulan di tempat kedua tapi nama besar lain di kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$6 juta (RM18.9 juta) itu gagal menyerlah.

Phil Mickelson dikecewakan dengan pencapaian par 71, Graeme McDowell mencatat tiga bawah par dan Ernie Els pula dua atas par. Retief Goosen dan Colin Montgomerie mengekori rapat pemain bintang itu dengan empat bawah par. - AFP

No comments:

Post a Comment