Friday, 11 November 2011

KOM senarai kuartert 4x400m lelaki (11/11/2011)

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan untuk menyenaraikan kuartert 4x400m lelaki negara ke Sukan Sea Indonesia di saat akhir ketika majoriti atlet olahraga negara sudah tiba di Palembang, semalam.
Perkara itu disahkan pengurus pasukan olahraga, Rajemah Sheikh Ahmad dengan urusan tiket kini diusahakan secepat mungkin bagi membolehkan kuartet P Yuvaraaj, S Kannathasan, Muhammad Yunus Lasaleh dan M Partiban terbang ke Palembang.

Acara 4x400m itu dijadual berlangsung 14 November dan Rajemah berkata, penyenaraian semula barisan pelari itu bermakna kuartet itu peluang memperbaiki pencapaian pingat perak yang dicapai dua tahun lalu di Laos.
“Keputusan menghantar atlet dalam acara itu diputuskan pada saat akhir dan ia disahkan Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim,” katanya.

Rajemah berkata, biarpun majoriti pelari kuartet itu baru, peluang merangkul pingat bukan mustahil dan mereka dilihat mampu mengulangi pencapaian pingat emas pada 2007.

“Semua negara berpeluang merangkul emas. Atlet kita juga memilik peluang yang sama. Mereka sebelum ini sudah menjalani latihan bersama,” katanya.


No comments:

Post a Comment