Friday 11 November 2011

Peluang emas skuad kenu (11/11/2011)

KENU tidak perlu memerah keringat di pusingan kelayakan yang sepatutnya berlangsung semalam apabila penganjur memutuskan untuk membawa semua acara sukan itu ke final hari ini.
Hasil keputusan itu, skuad kenu negara berpeluang memburu pingat emas pertama hari ini dalam tiga acara 100m K1, K2 dan K4 lelaki.

“Penganjur memanggil semua pengurus pasukan untuk berbincang sama ada negara peserta tetap mahu acara saringan atau terus ke final selepas mendapati hanya tujuh negara bertanding dan kami semua setuju supaya semua acara kenu terus ke final,” kata pengurus kenu negara, Shahrul Nizam Rahmat.
Tujuh negara yang mengambil bahagian dalam sukan kenu adalah Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, Myanmar, Filipina dan Singapura dengan setiap negara hanya dibenar menghantar satu wakil dalam setiap kategori.


No comments:

Post a Comment